Friday, June 10, 2016

Juz1 Surah 1



Tafsir Surah 1: 
Ummul Quran ini mengandungi keimanan, didikan, pelajaran, peringatan, pegangan hidup dan lain yang boleh dihuraikan kepada 6 bahagian utama;

1. Memulai dengan ucapan “Bismillah”.
2. Memuji dan berterima kasih kepada ALLAH.
3. Allah itu Pengasih, Penyayang.
4. Manusia tidak menyekutukan Allah.
5. Mohon petunjuk melalui jalan yang lurus didunia dan akhirat.
6. Manusia ada 3 golongan utama, iaitu Mukmin, Yahudi dan Nasrani.

Sumber: 



Tuesday, November 10, 2015

Khatam Surah Al-Maidah

Al-Maidah, dari Ayat 91~100

91. Sesungguhnya tidaklah syaitan itu mahu melainkan mengadakan antara kamu, permusuhan dan kebencian dengan perantaraan arak dan judi, dan memalingkan kamu daripada mengingat Allah dan sembahayang. Oleh kerana itu, tidak kah mahu kamu berhenti ?

92. Dan taatlah kepada Allah ! dan taatlah kepada Rasul-Rasul ! dan berhati-hatilah  kerana kalau kamu berpaling, maka ketahuilah, bahawa tidak ada kewajipan atas Rasul kami, melainkan menyampaikan sahaja dengan terang.

93. Tidaklah ada kesalahan atas orang-orang yang beriman dan beramal soleh tentang apa-apa yang mereka makan, apabila mereka jauhi barang haram  dan beriman dan beramal soleh, kemudian tetap mereka  menjauhi barang haram itu dan  beriman, kemudian mereka berbakti dan berbuat kebaikan, kerana Allah itu suka kepada orang-orang yang berbuat kebaikan. 

94. Hai orang-orang yang beriman ! Allah akan memberi percubaan kepada kamu dengan melarang suatu  dari perburuan yang dapat dicapai oleh tangan-tangan  kamu dan panah-panah kamu, supaya terbukti kepada Allah, supaya yang takut kepada nya dengan ikhlas. Oleh demikian, barang siapa melanggar sesudah itu, maka adalah baginya azab yang pedih.

95. Hai orang-orang yang beriman ! jangan lah kamu bunuh perburuan diwaktu kamu dalam ihram, kerana barang  siapa dari antara kamu membunuh nya dengan sengaja, maka dendanya ialah binatang ternak yang sebanding dengan apa yang ia bunuh, yang akan dihukumkan oleh dua orang yang adil dari antara kamu, sebagai korban buat disempaikan ke Kaabah, atau denda memberi  makan orang-orang miskin, atau puasa  setanding dengan itu, supaya ia rasai kejelekan perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi barang siapa mengulangi, maka Allah akan seksa dia, kerana Allah itu gagah, pembalas.

96. Dihalalkan bagi kamu perburuan laut, dan diharamkan makanan nya, sebagai bekalan bagi kamu, dan bagi orang-orang pelayaran, tetapi diharamkan atas kamu pemburuan darat selama kamu dalam ihram. Oleh kerana itu, berbaktilah kepada Allah, yang kepadanya kamu akan dikumpullan.

97. Allah telah jadikan Kaabah, rumah yang mulia, dan bulan yang mulia, dan korban biasa dan korban-korban yang ditandakan itu sebagai penyokong bagi manusia. Yang demikian, supaya kamu tahu, bahawa se nya Allah mengetahui apa-apa yang ada dilangit-langit dan apa apa-apa yang dibumi, dan bahawa se nya Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu.

98. Ketahuilah bahawa se nya Allah itu pedih seksaan nya, dan bahawa se nya Allah itu pengampun, penyayang.

99. Tidak ada kewajipan atas Rasul itu melainkan menyampaikan sahaja, kerana Allah mengetahui apa-apa yang kamu dzahirkan dan apa-apa yang kamu sembunyikan.
100. Katakanlah; “tidak sama barang yang buruk dan yang baik,  walau pun banyak nya perkara buruk itu menyenagkan hati mu. Oleh itu, berbaktilah kepada Allah, hai orang-orang yang  mempunyai fikiran ! supaya  kamu mendapat kejayaan”  .


Sumber dari,
[] https://sites.google.com/site/jmbtam/3/1

Following Twitter, 

[] https://twitter.com/FlatCemara2/status/664342761915584512



Khatam Surah Al-Maidah

Al-Maidah, dari Ayat 81~90

81. Dan kalau mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi nya dan kepada apa-apa yang diturunkan kepadanya, tentu mereka tidak jadikan orang kafir itu sebagai ketua, tetapi kebanyakan daripada mereka itu orang-orang yang pasik.

82. Engkau akan dapati manusia yang paling keras permusuhan nya kepada orang-orang beriman ialah  yahudi dan mereka yang menyekutukan Allah, dan engkau akan dapati sedikit-sedikit mereka dalam percintaan  kepada orang-orang yang beriman, ialah mereka yang berkata; “sesungguhnya kami nesrani”, yang demikian itu, lantaran diantara mereka ada pendita-pendita dan rahib, dan lantaran mereka tidak sombong.



Juzuk ke 7


83. Dan apabila mereka itu mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mata-mata mereka melelehkan air matanya lantaran kebenaran yang mereka tahu, sambil mereka berkata; “hai Tuhan kami ! kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatkan kami didalam golongan orang-orang yang menyaksikan”.

84. “dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan kami masukkan kami bersama kaum  yang solehin”.

85. Oleh itu, Allah ganjaran mereka atas apa yang mereka telah katakan, iaitu syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya. Yang demikian itu, adalah  balasan bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

86. Dan orang-orang yang kufur dan mendustakan  ayat-ayat kami, adalah mereka itu ahli neraka.

87. Hai orang yang beriman ! janganlah kamu haramkan barang-barang yang baik-baik yang Allah telah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melewati batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas.

88. Dan makan lah barang-barang yang halal yang baik dari apa-apa yang dikurniakan oleh Allah, dan berbaktilah kepada Allah yang kepadanya kamu beriman.

89. Allah tidak salahkan kamu dengan sebab sumpah-sumpah kamu yang tidak disengaja, tetapi ia salah kan kamu dengan sebab sumpah-sumpah yang kamu sungguh-sungguhkan.  Maka dendanya itu ialah memberi makan sepuluh miskin, dengan makanan yang sedang  dari makanan yang kamu berikan kepada ahli kamu, atau pakaian untuk mereka, atau merdeka kan seorang hamba. Tetapi barang siapa tidak mampu, maka hendaklah ia puasa tiga hari, yang demikian itu denda-denda bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Oleh kerana itu, piliharakan lah sumpah-sumpah kamu. Demikianlah Allah terangkan ayat-ayat nya kepada  kamu, supaya kamu berterima kasih.

90. Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya arak, dan judi, dan sembelihan untuk berhala, dan undi-undi nasib itu kotor dari pekerjaan syaitan. Oleh kerana itu, hendaklah kamu jauhi nya supaya kamu dapat kejayaan .

Following Twitter,
[]https://twitter.com/FlatCemara2/status/664244674647883776

Sunday, November 8, 2015

Khatam Surah Al-maidah

Al-Maidah, dari Ayat 51~60

51. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu jadikan Yahudi-Yahudi dan Nesarani itu sebagai ketua-ketua, sebahagian daripada mereka jadi ketua bagi sekelian nya, kerana barang siapa dari antara kamu menjadi kan mereka sebagai ketua-ketua, maka sesungguhnya ia jadilah sebahagian dari mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi pertunjukkan kepada kaum yang zalim.

52. Maka engkau akan melihat orang-orang yang didalam hati-hati nya ada penyakit itu, pergi dengan lekas kepada mereka, sambil berkata; “kami takut, bahawa kami akan mendapat kecelakaan”, tetapi mudah-mudahan Allah mendatangkan kemenangan dan pertolongan dari sisi nya, supaya mereka jadi orang-orang yang menyesal atas apa yang mereka telah sembunyikan dalam diri-diri mereka.

53. Dan berkata orang-orang yang beriman; “apakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan  nama Allah, dengan bersungguh-sungguh dalam sumpahan mereka,  bahawa mereka akan bekerja bersama kamu”, telah gugurlah  amal-amal mereka, lalu jadilah  mereka orang-orang yang rugi.

54. Hai orang-orang yang beriman ! barang siapa dari antara kamu murtad dari agama nya, maka Allah akan mengadakan satu kaum yang ia sukai mereka dan mereka pun  suka kepadanya, yang  merendah diri kepada mukmin, yang sombong terhadap kafirin, mereka bersungguh-sungguh dijalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan manusia yang mencela.  Yang demikian, ialah nikmat Allah yang ia berikan kepada siapa yang ia kehendaki, kerana Allah itu luas pemberian nya, sangat mengetahui.

55. Tidak ada ketua bagi kamu melainkan Allah dan Rasul nya dan mukminin yang mendirikan sembahayang dan mengeluarkan zakat, pada hal mereka tunduk.

56. Dan barang siapa menjadikan Allah dan Rasul nya dan orang-orang yang beriman sebagai ketua-ketua, maka sesungguhnya golongan Allah lah yang menang.

57. Hai orang-orang yang beriman ! jangan lah kamu ambil mereka yang jadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahli kitab yang sebelum kamu, dan orang-orang kafir itu sebagai ketua-ketua, dan takutlah kepada Allah, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

58. Dan apabila kamu seru mereka kepada sembahayang mereka jadikan dia sebagai ejekan dan permainan. Yang demikian itu, kerana mereka kaum yang tidak mempunyai akal. 

59. Katakan lah; “Hai ahli kitab ! bukankah tidak kamu benci kepada kami, melainkan lantaran kami beriman kepada Allah dan kepada barang yang diturunkan kepada kami dan kepada barang yang diturunkan dahulu, kerana sesungguh nya kebanyakan dari kamu adalah orang-orang yang pasik?”.

60. Katakan lah; “mahukah aku tunjukkan kepada kamu manusia yang lebih jelek balasan nya disisi Allah daripada yang demikian itu ? ialah orang-orang yang Allah laknat dan murka atasnya, dan ia jadikan sebahagian dari mereka sebagai monyet-monyet dan babi-babi, dan ialah orang  yang menyembah berhala.  Mereka ini, orang-orang yang jahat tempatnya dan yang lebih sesat dari jalan yang lurus”   .

Sumber dari,
[] https://sites.google.com/site/persatuanpemilikpetakcemara/1/1


Following Twitter
,
[]https://twitter.com/PuteraSulaiman4/status/663298156935839745



.

Saturday, November 7, 2015

Persatuan Penghuni Petak

Tujuan Penubuhan,
Persatuan Penghuni Petak Flat Cemara,

[GC1] https://sites.google.com/site/perpenghunipetakcemara/home/1

                                           ..... Go To "Pemilik Petak"  

,
Following Twitter,
[]  https://twitter.com/PuteraSulaiman4/status/663205116871204868 



.